Kanta Cekung

Semoga capah dan jauh.menilai dalam iman.menjadi indah&mulia.

Search This Blog

Wednesday, May 19, 2010

Swine Flue , Selsema Babi, sama saja??

GLOBAL FLU PANDEMIC


Virus, mula diperkenalkan pada April 2009, wujud sebagai H1N1 yang terhasil apabila 3 gabungan genetik daripada burung, babi dan manusia seterusnya bergabung dengan babi Eurasian virus flu. Pandemic berpanjangan sehingga 2010.

Ia bermula meledak di Veracruz, Mexico. Kerajaan Mexico menutup kebanyakan tempat awam di bandarnya dalam usaha menghalang merebaknya virus.Bagaimanapun, virus merebak secara GLOBAL, klinik2 di beberapa kawasan telah dipenuhi dengan mereka yang dijangkiti virus. World Health Organization (WHO) dan US Centers for Disease Control (CDC)berhenti mengira statitistik dalam bulan Jun dan mengumumkan ia sebagai PANDEMIC ( penyakit berjangkit yang melebar ke seluruh benua tanpa sempadan)


Simptom-simptomnya sangat biasa seperti demam,sakit tekak,batuk,sakit kepala,sakit2 otot,loya dan muntah atau cirit birit. Bagi mereka yang mempunyai athma, diabetis,obesiti, sakit jantung, perempuan mengandung, kanak-kanak dan bayi mengalami risiko sangat tinggi untuk dijangkiti.

Virus H1N1secara tidak formalnya dikenali sebagai swine flu ( selsema babi) , Ia tidak disebarkan oleh produk-produk babi. Seperti virus influenza yang lain ia tersebar melalui pemindahan titisan respirasi ( pernafasan ) dari seseorang kepada seorang yang lain. Untuk mengelakkan jangkitan tinggallah di rumah, jangan pergi sekolah,kerja dan berada di kawasan yang ramai orang,

CDC menganggarkan di US saja pada, Mac 2010,hampir 12,00 kematian disebabkan virus ini.

Ia menjadi ketakutan yang menjadi-jadi apabila kes2 kematian disebabkan virus ini sering terpampang di surat khabar dan berita2 tv.

Apa-apa pun mari kita renungkan kenapa ini terjadi, kerana ia merupakan amaran dari tuhan.

Tuesday, December 29, 2009

Umar the lion..

umar..

Saidina ‘Umar juga mempunyai banyak gelaran antaranya Abu Hafs dan Farouq. Gelaran Abu Hafs membawa makna bapa singa kearana Saidina ‘Umar terkenal dengan keberaniannya menegakkan kebenaran. Gelaran atau kuniyah (dalam bahasa Arab) ini juga membawa makna bapa kepada anak perempuannya iaitu Hafsah. Hafsah ialah salah seorang ummul mukminin, iaitu isteri kepada Nabi saw. Tetapi gelaran Abu Hafs lebih tepat membawa makna bapa singa. Selain itu, beliau juga digelar al-Farouq kerana beliau dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Contohnya, beliau mempersoalkan tentang khamar atau arak yang memabukkan. Kemudian, turunnya firman Allah berkenaan dengan arak sehingga 4 kali dan akhirnya arak diharamkan kerana mudaratnya. Begitu juga dengan pemakaian hijab disebutkan oleh Saidina ‘Umar dan kemudian Allah mewahyukan tentang pemakaian hijab kepada kaum wanita. Wahyu-wahyu ini membenarkan pandangan Saidina ‘Umar.

Sunday, December 20, 2009

LightOfHappiness



Jangan cuba lari dari tuhan..nescaya akan ditimpa padah..tapi larilah kepada tuhan..nescaya bahagia..

Saturday, December 19, 2009

LensaSilam

Dirakam ketika program lawatan ke kokpit MAS pasca PMR
love this candid so much